Sunday 21 November 2010

ALAMAT IP

APAKAH YANG DIKATAKAN ALAMAT IP?

Alamat IP (Internet Protocol address) adalah suatu nombor unik yang digunakan oleh peranti sebagai pengenalan dan untuk berkomunikasi antara satu sama lain di dalam satu rangkaian komputer yang menggunakan piawaian Protokol Internet (IP). Kesemua peranti berkaitan seperti penghala, komputer, pelayan-masa, pencetak, mesin faks internet, dan sesetengah telefon boleh mempunyai alamat IP sejagat unik.

IP adalah satu protokol lapisan rangkaian di dalam set protokol Internet dan adalah protokol lapisan atasan yang menyediakan alamat sejagat yang unik (cth. alamat MAC untuk ethernet) tetapi kedua alamat ini tidak semestinya dapat berkomunikasi antara satu sama lain. IP menambah satu servis di atas protokol lapisan pautan data melalui penggunaan alamat IP yang menyediakan keupayaan untuk pengenalan secara unik dan berkomunikasi dengan peranti lain di dalam rangkaian.
VERSI IP
IP terbahagi kepada 2 versi yang selalu digunakan iaitu :

1) Versi IPv4
2) Versi IPv6

Versi IPv4

IPv4 menggunakan alamat 32-bit (4 bait), yang menghadkan ruang alamat kepada 4,294,967,296 (232) alamat unik. Piawaian IPv4 boleh dikelaskan kepada lima iaitu: A, B, C, D dan E. Hanya kelas A, B dan C sahaja yang biasanya digunakan. Manakala yang lain disimpan untuk untuk tujuan khas. Walau bagaimanapun telah muncul kaedah untuk menulis IP dengan tidak terikat dengan kelas dipanggil CIDR (Class-less Inter Domain Routing).

Contoh: 127.0.0.1


VERSI IPv6

Disebabkan alamat IPv4 dikhuatiri habis tidak lama lagi, piawaian IPv6 sedang giat dijalankan. Alamat IPv6 adalah sepanjang 128 bit (16 bait), yang akan memberikan 2128, atau kira-kira 3.403 × 1038 alamat unik. Ini difikirkan cukup untuk tempoh yang lama.

Contoh: 2001:0db8:85a3:08d3:1319:8a2e:0370:7334

KELAS-KELAS RANGKAIAN ALAMAT IP


ALAMAT IP KELAS A 

  • Bit pertama dari IP address adalah
  • Jadi jaringan dengan IP yang byte pertamanya : 0 – 127
  • Hanya ada kurang dari 128 jaringan kelas A
  • Setiap jaringan kelas A bisa mempunyai jutaan host

ALAMAT IP KELAS B

  • Bit pertama dari IP address adalah 10
  • Jadi jaringan dengan IP yang byte pertamanya : 128 – 191
  • Terdapat ribuan jaringan kelas B
  • Setiap jaringan kelas B bisa mempunyai ribuan host

ALAMAT IP KELAS  C

  • Bit pertama dari IP address adalah 110
  • Jadi jaringan dengan IP yang byte pertamanya 192 – 223
  • Terdapat jutaan jaringan kelas C
  • Setiap jaringan kelas C hanya mempunyai kurang dari 254 host

ALAMAT IP KELAS D

  • Bit pertama dari IP address adalah 111
  • Nombor jaringan dengan IP yang byte pertamanya lebih dari 223
  • Merupakan address yang dilokasikan untuk kepentingan khusus

ALAMAT IP KELAS E

  • Bit pertama dari IP address adalah 11110
 Merupakan address yang dialokasikan untuk Eksperimen
 
 

0 comments:

Post a Comment